Kehidupan awal SonaOne

Mikael dilahirkan di Kuantan, Pahang pada 30 November 1988 kepada pasangan Michel Lozach (Perancis) dan pereka tari Noorzulaily Yunos (Melayu). Tetapi beliau menetap di luar negara sejak berusia dua minggu mengikut orang tuanya bertugas di sebuah resort terkemuka, Club Med. Kerana latar belakang kerja ibubapanya, mereka menetap di banyak tempat antaranya Sepanyol, Perancis dan Jepun. Ketika berusia 6 tahun, bapa saudaranya memberikannya hadiah berupa sebuah mainan berupa Sony Soundpad yang mana ia menjadi alat muzik pertama yang dimainkannya ketika menghadiri kelas muzik dan berupaya mencipta lagu-lagu nakal ketika bergurau senda bersama kawan-kawan. Ketika menetap di Paris, Mikael mula berjinak-jinak dengan aktiviti melukis grafiti. Setelah pulang ke Malaysia pada usia 10 tahun, Mikael menyambung pembelajaran awal di sekolah Perancis di Malaysia dan meneruskan minatnya dalam lukisan graffiti di Kuala Lumpur. Ketika berusia 12 tahun, dia mula menjinakkan diri dengan Production Software ( Music 2000 and Project 5) dan memulakan aktiviti programming bunyi dan mainan Flash bersama rakan-rakan rapatnya termasuk Iman Ishak (adik Joe Flizzow). Pada tahun 2005, Mikael yang baru berusia 17 tahun berjaya menarik perhatian Joe Flizzow yang berminat menjadikan remaja itu sebagai protegee. Ketika itu Mikael lebih dikenali sebagai pelukis graffiti berbanding muziknya yang masih belum terdedah kepada umum. Sejak itu, dia mula menerbitkan muzik secara bebas dan mendapat perhatian artis seperti Karmal dan Joe Flizzow hingga diajak menyertai kumpulan penerbit hip-hop bebas tempatan yang dipanggil "G.O.D Music - Gentlemen On Dinosaurs" (antaranya Motion, Saph, DJ Iman, Karmal, Jay Walia) pada tahun 2010 di bawah Kartel Records[1]. Selain berkebolehan mencipta lagu, Mikael juga mampu menyanyikan lagu berentak R&B , jazz dan Pop selain digemari kerana gaya rap nya yang mempunyai kualiti era 90an.

Rujukan

WikiPedia: SonaOne http://www.budiey.com/sonaone-bakal-lancar-single-... http://www.juiceonline.com/i-wanna-be-a-producer-s... http://www.juiceonline.com/shout-awards/ http://mediamalaya.com/sonaone-dibelasah-kerabat-r... http://www.rotikaya.com/joe-flizzow-sona-one-tampi... http://seleb.co.id/5768/ini-daftar-lengkap-pemenan... http://www.hmetro.com.my/node/14540 http://www2.hmetro.com.my/articles/Mukadiinjakanak... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201...